4/24/09

Pergertian Zihar

Bismillah Hirahmah Nirahim.....
Assalamualaikum pada sahabat-sahabat...

Dengan nama Allah, bertemunya kembali untuk hari ini, dengan kebaikan yang sampaikan ini dapat membantu para pembaca dan berkongsi maklumat bersama dengan pembaca.

Hari ini , terlintas rasanya untuk meceritakan tentang ZIHAR yang boleh di lihat dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud
"Orang-orang yang menzihar isterinya di antara kamu (menganggap isterinya sebagai ibunya, padahal) tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan satu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf Lagi Maha Pengampun." -Al Mujadalah:2.

Seperti maksud firman Allah s.w.t dalam surah Al Mujadalah diatas menerangkan zihar adalah bermaksud menyamakan isteri dengan seorang ibu. Perbuatan ini adalah satu perbuatan mungkar, salah dan berdosa.

Kenapa surah ini diturunkan??
Bukti ternyata di zaman Rasullullah s.a.w di mana seorang isteri yang bernama Khaulah binti Sa'labah yang telah diziharkan oleh semuanya iaitu Aus bin Shamit dengan mengatakan "Engkau adalah sama dengan punggung ibuku"

Dengan kata-kata itu, zihar yang dilakukan seorang suami terhadap isteri adalah mungkar kerana perbuatan yang dilakukan adalah sama seperti menceraikan isteri ("itu yang dikatakan oleh seorang isteri bernama Khaulah binti Sa'labah lantas itu Khaulah bertemu dengan Rasulullah S.a.w tetapi dalam masa itu ,beliau tidak dapat memberi apa2 penerangan mengenainya dari ALLAH S.W.T, lantaran itu Khaulah terus mendesak untuk mengetahui kedudukan yang sebenarnya, maka ALLAH S.W.T telah mewahyukan surah Mujadalah : 2 diatas

ALLAH S.W.T, menerangkan ayat diatas tentang zihar mengenai seorang suami menyamakan isteri dengan ibunya sama ada ibunya atau ibu siisteri, maka ia satu perkara yang berdosa dan salah dalam islam. Namun ia tidak akan menjatuhkan talak mahupun perceraian, dalam zihar ini adalah salah satu perbuatan yang berdosa dan salah, bagi seorang suami perlulah di hukum

RUKUN-RUKUN ZIHAR
  • Yang menziharkan adalah SUAMI
  • Yang diziharkan adalah ISTERI
  • Orang yang disamakan dengan isteri (ibu)
  • Lafaz zihar pada isteri
SYARAT-SYARAT ZIHAR
  1. Suami yang menziharkan isteri mestilah suami yang boleh menlakukan talak kepada isteri.
  2. Zihar yang dilakukan mesti seorang suami dan isteri sah dalam perkahwinan
Saya akan terangkan tentang syarat zihar ini, umpamnya, jika si suami telah melakukan talak kepada isteri dan dalam masa tuh iddah telah tamat, dalam masa itu juga, si suami telah menjadi adjnabi kepada bekas isteri, kalau bekas suami menziharkan kepada bekas isteri, maka ia tidak akan menjadi zihar kepada bekas isterinya.
Manakala bagi seorang suami isteri yang sah pula, seorang suami boleh melakukan talak, jikalau seorang suami melakukan talak kepada isteri, dengan itu seorang isteri dalam iddah. Jika berlaku zihar pada isteri dalam iddah,hukumnya adalah zihar pada isteri.


Itu sahaja yang saya dapat berkongsi kepada anda semua, saya harap dengan apa yang saya taipkan ini, memberikan kita pengajaran, ilmu dan sebagainya pada hari kelak nanti..Insyallah, Allah akan sentiasa berada pada orang-orang yang beriman kepadanya dan jauhilah perkara-perkara nahi mungkar.. astafiruallah al azim




No comments: