4/30/09

Final Exam dan tamat...

Bismillah Hirahman Nirahim..

Alhamdulilah
Bersyukur kepada allah S.W.T, akhir sudah final exam ku ini, wahh,.,lega rasanya otak nie,,,, klu tak abis lagi .. maung colaps otak aku (.. dush dush ...)..final exam kali ini, banyak memberiku dugaan hidup(kenapa aku cakap cam tuh ..)sebabnya .. belajar 7 minggu aje.. tup tup dah final exam.. bukan ape.. selalu nye.. lepas abis teori, aku mesti kena pi posting (..pengalaman itu kena praktikkan.. kalu tak cam ner nak pandai)..

Haaa...pelik tul aku ,, tub tub last final exam nie,,, paper mesti susah-susah,,, dah 2 tahun aku lalui benda yang sama.. cam duk rancang2 aje JPM(JABATAN PEMBANGUNGAN MAHASISWA) nie..angin tul la... Nie tadi, aku ngah ambil paper last exam MSU 4003, peh susah gile tuh , dah naik pecah aku pikirkan ,, (sib baik aku laki, klu orang mengandung ,, tak thu la nack cakap cam ner.. pusttt terus kot... ahahahah )... jahat tol mulut aku nie,,,tapi takper la.. aku dah buat sebaik yang buleh dah ,, aku dah try jawap dengan betul.. klu salah .. aku terima aje la.. (sape suh stdy las2 minit... yg penting result gempak).. hahahaha

Orait semua.. itu aje nak cakap.. yang lain tuh .. jap2 lagi la.. pie ehem ehem jap

4/27/09

Final Exam...


Sekejap aje masa dah berlalu dengan pantas dan selaju (F1).. tup tup dah final exam dah, belajar pun tak tahu entah ke mana-mana tah, ada yang ke sini ada yang ke sana..(situ sana sini - siti nurhaliza yang nyanyikan).. huhuhu

Seperti biasa dimulakan dengan Bismillah Hirahman Nirahim..
Orait.. hari ini nak bagi tahu korang semua, hari ini bermula final exam bagiku ini,hahha.. jap jap aje dah final exam dah, pastu cuti and posting plak.. alahai letih yerk semester intake nie.. tapi takpe la.. anggap ia satu perjalanan hidup tanpa enjin.. kakaakka

Hari ini dah selesai sudah ambil final exam tuk INA 4002, boleh tahan juga soalan nya. tapi alhamdulilah , boleh la jawap dengan hati yang tenang, walaupon ganggu perasaan nie masih ada, aku cuba lawan ngan pedang samurai yang tumpul (waawawawa.. ) .. INA 4002, subjek nie cite pasal kulit aje memanjang, sana kulit sini kulit, bak kata orang kulit mengulit.. diulit mayang..

Dah la final exam nie tak ada gap.. semua yerk street jek.. nanti colaps plak otak aku nak membacanya.. sib baik la aku dah stdy awal2 lagi, klu tak ,tak thu la aku nak cakap cam ner..... hanya postan aje la aku mampu diubati.. uhuhuhu

Ini Jadual Exam 2009

(27/4) INA 4002 - Nursing Care Of Clients With Integumentary System Disorder,Autoimmune and Communicable
Diseases(Selesai Sudah)

(28/4) OBG 4004 - Nursing Care of Clients With Change And Disorder Of Reproductive Sistem and Pediatric
Nursing
(29/4) BAT 4100 - Arabic Language 1
(30/4) MSU 4003 - Nurisng Care of Clients With Musculoskelatal and Urogenital System Disorder


Itu lah jadual final exam aku .. wahh.. padat padat.. tepu sudah otak ku ini.. tapi apa leh .. goyangkan badan aje la nak elak colaps.. hahahhaha
Orait semua.. jumpe lagi k... nak stdy nie.. stdy smart yerk cik hazmin...

4/25/09

Kris Allen - Falling Slowly (American Idol Version Studio)

I don't know you
But I want you
All the more for that
Words fall through me
And always fool me
And I can't react
And games that never amount
To more than they're meant
Will play themselves out

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You'll make it now

Falling slowly, eyes that know me
And I can't go back
Moods that take me and erase me
And I'm painted black
You have suffered enough
And warred with yourself
It's time that you won

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You've made it now
Falling slowly sing your melody
I'll sing along

DOWNLOAD


Penyanyi asalnya Glen Hansard, dan dinyanyikan semula oleh Kris Allen (American Idol).Jom hayati lagu ini.. Best lagu ini.. ok

4/24/09

Pergertian Iddah

Assalamualaikum Waramatuallahi Wabarakatuh.......

Insyaallah hari saya ceritakan lagi tentang sumber ilmiah kepada anda semua, hari ini tetapi pada waktu malam saya akan ceritakan tentang PERGERTIAN IDDAH dalam perceraian..

Seperti yang ketahui, iddah berlaku berpunca daripada penceraian antara suami dan isteri, selalunya perceraian ini berlaku daripada suami yang melafazkan perkataan "Aku ceraikan dikau dengan talak 1@ aku lepaskan engkau".
Dalam perhubungan banyak dugaan nya.. bermula dari perkenalan, percintaan, dan akhir dengan perkahwinan. Bermulanya detik perkahwinan, bermula kebahagian dalam berkeluarga dan keharmonian dalam perkahwinan. Sesiapa didalam dunia ini, tak naklah hubungan mereka berkecai begitu sahaja dan ingin menjaganya sehingga akhir hayat tetapi jika pertelingkahan dalam hubungan ia akan pasti musnah jika ia tidak dibendung dengan baik dan pasti diakhiri dengan perceraian..

Dengan ini, sebagai sahabat dan penulisan saya ingin kongsi sedikit demi sedikit tentang maksud iddah yang saya akan sampai pada sahabat semua.

Iddah adalah bermaksud jangka waktu masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya sama ada cerai mati atau hidup.
Seperti apa yang paham tentang maksud iddah ini, setelah perempuan yang diceraikan oleh suami haruslah melalui iddah selama 3 bulan, dalam masa 3 bulan yang ditetapkan, pada suami boleh mengajukkan rujuk pada isteri dalam masa iddah. Jikanya tamat sudah iddah tersebut, maka berakhirlah perhubungan dalam perkahwinan dan isteri tersebut bebas dari suami (itu apa yang pahami dalam kortek pembelajaran saya di TINGKATAN 5).

Dalam iddah ini, mempunyai 3 jenis iddah iaitu
  • Iddah Talak
  • Iddah Hamil
  • Iddah Wafat

Iddah Talak
Iddah talak bermaksud isteri yang telah diceraikan dengan talak antaranya talak 1 dan 2. Ia terbahagi kepada 4 golongan iaitu:-
  • Isteri yang telah dicampuri suaminya tetapi belum putus haid, maka iddah mereka 3 kali suci
  • Isteri yang masih dicampuri suami tetapi sudah putus haid (tua), maka iddahnya 3 bulan 10 hari
  • Isteri yang belum baligh, maka iddahnya 3 bulan
  • Isteri yang belum dicampur suami, maka tiada iddah untuknya
Iddah Hamil
Iddah hamil adalah iddah bagi isteri yang telah diceraikan semasa sedang hamil. Iddahnya adalah sampai anak dilahirkan

Iddah Wafat
Iddah Wafat adalah iddah bagi seorang isteri yang kehilang seorang suami, iddahnya adalah 3 bulan 10 hari

Itu sahaja yang saya mampu berkongsi kepada anda semua yang melawati blogger yang tidak seberapa ini, saya harap kepada sahabat-sahabat.jikalau saya salah pandangan hal ini, kite betulkan sama-sama supaya setiap pandangan itu tidak berbeza-beza.
Anggap ini sebagai satu kekuatan bagi kite untuk teruskan hubungan ini sehingga akhir dan janganlah akhirnya dengan perceraian.. Jagalah ia seperti kamu menjaga diri kamu..

Wassalamualaikum..




Pergertian Zihar

Bismillah Hirahmah Nirahim.....
Assalamualaikum pada sahabat-sahabat...

Dengan nama Allah, bertemunya kembali untuk hari ini, dengan kebaikan yang sampaikan ini dapat membantu para pembaca dan berkongsi maklumat bersama dengan pembaca.

Hari ini , terlintas rasanya untuk meceritakan tentang ZIHAR yang boleh di lihat dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud
"Orang-orang yang menzihar isterinya di antara kamu (menganggap isterinya sebagai ibunya, padahal) tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan satu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf Lagi Maha Pengampun." -Al Mujadalah:2.

Seperti maksud firman Allah s.w.t dalam surah Al Mujadalah diatas menerangkan zihar adalah bermaksud menyamakan isteri dengan seorang ibu. Perbuatan ini adalah satu perbuatan mungkar, salah dan berdosa.

Kenapa surah ini diturunkan??
Bukti ternyata di zaman Rasullullah s.a.w di mana seorang isteri yang bernama Khaulah binti Sa'labah yang telah diziharkan oleh semuanya iaitu Aus bin Shamit dengan mengatakan "Engkau adalah sama dengan punggung ibuku"

Dengan kata-kata itu, zihar yang dilakukan seorang suami terhadap isteri adalah mungkar kerana perbuatan yang dilakukan adalah sama seperti menceraikan isteri ("itu yang dikatakan oleh seorang isteri bernama Khaulah binti Sa'labah lantas itu Khaulah bertemu dengan Rasulullah S.a.w tetapi dalam masa itu ,beliau tidak dapat memberi apa2 penerangan mengenainya dari ALLAH S.W.T, lantaran itu Khaulah terus mendesak untuk mengetahui kedudukan yang sebenarnya, maka ALLAH S.W.T telah mewahyukan surah Mujadalah : 2 diatas

ALLAH S.W.T, menerangkan ayat diatas tentang zihar mengenai seorang suami menyamakan isteri dengan ibunya sama ada ibunya atau ibu siisteri, maka ia satu perkara yang berdosa dan salah dalam islam. Namun ia tidak akan menjatuhkan talak mahupun perceraian, dalam zihar ini adalah salah satu perbuatan yang berdosa dan salah, bagi seorang suami perlulah di hukum

RUKUN-RUKUN ZIHAR
  • Yang menziharkan adalah SUAMI
  • Yang diziharkan adalah ISTERI
  • Orang yang disamakan dengan isteri (ibu)
  • Lafaz zihar pada isteri
SYARAT-SYARAT ZIHAR
  1. Suami yang menziharkan isteri mestilah suami yang boleh menlakukan talak kepada isteri.
  2. Zihar yang dilakukan mesti seorang suami dan isteri sah dalam perkahwinan
Saya akan terangkan tentang syarat zihar ini, umpamnya, jika si suami telah melakukan talak kepada isteri dan dalam masa tuh iddah telah tamat, dalam masa itu juga, si suami telah menjadi adjnabi kepada bekas isteri, kalau bekas suami menziharkan kepada bekas isteri, maka ia tidak akan menjadi zihar kepada bekas isterinya.
Manakala bagi seorang suami isteri yang sah pula, seorang suami boleh melakukan talak, jikalau seorang suami melakukan talak kepada isteri, dengan itu seorang isteri dalam iddah. Jika berlaku zihar pada isteri dalam iddah,hukumnya adalah zihar pada isteri.


Itu sahaja yang saya dapat berkongsi kepada anda semua, saya harap dengan apa yang saya taipkan ini, memberikan kita pengajaran, ilmu dan sebagainya pada hari kelak nanti..Insyallah, Allah akan sentiasa berada pada orang-orang yang beriman kepadanya dan jauhilah perkara-perkara nahi mungkar.. astafiruallah al azim




4/23/09

TeNTang DiRiku iNi...

Assalamualaikum wahai sahabatku....!!!
Hariku terasa mereng sikit, tahu lah ,,tiba-tiba plak nak ceritakan pAsAL Diriku ini, cewaaahh, ayat baik punye!! @
Sesiapa yang duk tgk2 tuh.. tima kasih.. klu tak mau tgk.. tekan alt +F4 untuk kuar atau pon cAbut aje plak wayar tuh.. huhu!!!@@!


Nama sebenarku Hazmin bin Hashim, tetapi aku lebih suke dipanggil Daniel Hazmin, tak thu nape aku suke dipanggil macam tuh, mungkin aku suke heboh2kan kat orang,tetapi bagi korang semua(ada sejarah yang patut ku pendamkan-peh ayat tak blah)!> :P ..Korang leh panggil aku, Amie(name cam anak dara), Mie (seperti mamie dipasaran), azmi(bolehlah .manis2 jewk), lagi bagus panggil aku Abg Hazmin ,, hahahah (baru matured sikit)

Dilahirkan di Hospital Melaka oleh ibu kandungku(hahaha.. memanglah)..dan dibesarkan dikampung yang terletak di Tampin (setengah org cakap tampin itu milik n9,pastu org cakap milik melaka.. bagi aku,,,milik sape2 pon .aku tetap duk kat tampin...hahahhah). Nama ibuku Bainah Binti Abdullah dan ayahku Hashim bin Ahmad.Tanpe mereka sape lah aku sekrang nie.. dari kecil mereka menjaga ku sehingga ku menjadi panjang(makanlah makan yg sihat. baru panjang)..Bagi pergorbanan sungguh besar.. entahlah.. kenpa..memang besarlah..


Ibuku lahirkan 3 orang anak iaitu HAZMIZAN, AZLINA dan HAZMIN.Dalam banyak adik beradik aku nie. aku yang paling nakal sekali kat rumah,biasalah kan .. hidup seorang anak bongsu.. mesti lah nakal. Sekrang nie tinggal 2 aje.. ABangKU HAZMIZAN telah kembali ke Rahmatuallah pada tahun 1/Januari/2005, ia disahkan penyakit PNEUMONIA, aPe leh wat. ALLAH lebih sayangkan die.. aku terima dengan tenang atas permergian arwah..semoga ALLAH tempatkan abgku orang2 yang beriman.. AMIN

udah.. cite pasal aku plak.. sejak aku kecil aku memang seorang yang nakal, mak aku cakap ini aku bantah, ayah aku cakap ini,, aku tak bantah (tatut time tuh.. badan ayah aku gagah).. hahahha..Biasalahkan budak2 hingusan time tuh .. tidak mengenali erti pergorbanan seorang ibu dan ayah.. aku banyak bet0l bedosa kedua-dua ibubapaku...(Ku doakan semoga ibu dan ayah sihat dan dilindungi oleh ALLAH s.w.t)

Cite pasal hOBI dan cite-citeku..(cite-citeku jadi 0tOMEN n BatMAN)).. ITU masa keciik.. sekrang dah beso0r..Hobiku duk ngadap komputer dan berkarya.. kalu cite-cite plak... dulu-dulu nak masuk POlis,tpi tak dapat.. and then sekrang cite-cite aku jadi SEORANG JURURAWAT YANG BERJAYA.. hahhahaha

masa sekolah plak, time kecik aku tidak pindah randah.. still lagi sampai akhir hayat kat sekull tuh,,, skull tuh namenyee.. Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang(SKPS).Skul dekat aje ngan umah aku.. kot2 jalan pon dalam 10 minit sampai.. klu naik basikal.. 2 minit jew.. .. Time masa skul menengah, aku pon still sampai akhir..namenye Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang (SMJKPS). kat sekolah nie.. arwah abgku, akak aku, yang terakhir..aku.. sekolah yang sama gak..(memang keturunan baik punye>>>)):P..

ha.. itu aje aku nak cite.. yang lain2 tuh .. tunggu lah dulu k.. lum sedia lagi..(cam malu kuhcing plak.. cam la ada orang masuk meminang.. hahahahhah)..tunggu la part 2 TENTANG DIRIKU INI (ESP 2)..

be continue.. ........


Finally.. ini lah ibuku and ayahku.. aku sayang mereka!!>@@>
Hope kekal hIngg@ AkHIR hAYAT...
AMIN...

Pengalaman..

4/21/09

UNIC - LAFAZ YANG TERSIMPAN


Lagu ini memberikan makna yang besar dalam hidupku, segala-segala telah terbukti didalam lirik ini,, percintaan, perasaan, dan segala-segalanya di dalam lirik ini...

DOWNLOAD

Solat Taubat (Penjernihan Jiwa)


(SURAH YANG MENERANGKAN TENTANG TAUBAT)

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-Syarat Taubat

  • Ikhlas untuk bertaubat
  • Tidak mengulangi dosa-dosa itu
  • Menyesal atas perbuatan yang dilakukan
  • Dikerjakan sebelum ajal tiba
  • Tekad dalam hati tidak akan melakukan dosa itu buat selama-selamanya

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah - sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif

    Ertinya: â€Å“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: â€Å“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

Kau Tak Pernah Jauh Dari Aku (Karya Aku Sendiri )


Hasil cerpen ini aku hasilkan pada tahun 2006 di sebuah tempat yang betul-betul tenang, hati aku teragak-agak ingin menghasilkan sesuatu yang tidak pernah ku hasilkan selama ini..

inilah satu-satunye cerpen hasilan aku sendiri iaitu KAU TAK PERNAH JAUH DARI AKU, kepada semua yang masuk blog saya ini, hayatilah dengan sebaik mungkin.

DOWNLOAD

4/20/09

Cerita TeNtANG ku(stresssss)))


Jam telah menunjukkan pukul 12 30 tengah malam, aku masih samar-samar lagi, sama ada nak stdy atau tidak, aku terlalu buntu dan stress skrang, tak thu la nk kata apa dah .. exam semakin hari semakin hampir, tarikh dan masa semakin pantas menetapkan tempat.

Aduh.. aku betul2 stress sekrang. nak buku pon tak larat la.. makin dibuka,, makin sakit dipikirkan benda-benda bodoh nie.. aduh,, apa la aku nak lalui sekrang nie.. masa semakin hampir nie.. aku nak selesaikan masalah ini dengan sebaik yang boleh, tetapi keputusan itu aku masih tidak dapat lagi, klu aku dapat keptusan tuh , baru aku dapat tenangkan fikirkan karut marut aku nie..

Macam mana aku nak lalui semua ini, aku perlukan keputusan yang boleh menaikkan semangat aku ini, tlg lah aku wahai kawan-kawan, macam aku nak lalui ini,,aku telah berjanji dengan ibu bapaku ini, jika aku berjaya, aku akan tunaikan permintaan diorang sebagai tanda jasa baik ibubapa ku ini membesarkan aku, mendidik aku, memberikan aku makn minum, menyayangi aku, dan segala-segalanya..

Aku malu dengan apa yang aku lakukan, berikan aku kekuatan untuk teruskan hidup, berikan aku teruskan kehidupan aku ini membalas jasa ibubapaku ini,, aku ingin membawa mereka ke tanah suci, nak jaga mereka, seperti mana mereka jaga aku..

Ya allah , aku memohon padamu, berikan aku kekuatan untuk menempuhi segala dugaann yana kau berikan kepada ku, kau ringankan beban yang kau berikan pada ku ini, aku tidak berdaya lagi hendak melalui semua ini..

AMPUNIKAN LA DOSA-DOSA KU YA ALLAH ..
BERIKAN AKU MENYENTUHI BAU SYURGA..
JAUHIKANLAH AKU DARI API NERAKA...

4/16/09

Keperluan DALAM perAsaan


Keperluan hidup diperlukan setiap insan, tanpanya ia akan musnah dengan segala-segalanya. apakah aku ingin maksudkan setiap kata-kata yang ku ingin katakan
Setiap perjalanan hidupku ini penuh dengan liku dan benteng2 yang retak, ku tidak tahu lagi dimanakah ku ingin mencari jalan tanpa liku dah benteng yang tidak merekah lagi, dimana ku ingin mencari simen untuk menampalnya.

Kelukaan hatiku ini, hanya ALLAH sahaja yang tahu, bagaimana keadaan ku ini, adakah ku stabil atau pon tidak, ku terasa diriku ini merangkak-rangkak untuk mengapai sesuatu..Tetapi bagi ku akan sukar untuk mengambilkan keyakinan ini, hidupku ini terasa dilema buat selama-selamanya.

Perasaan.. sesuatu ungkapan yang agak mudah diperkatakan dimana-mana sahaja, tidak kira diluar, didalam, ditengah-tengah.. adalah senang diungkapan.. tetapi bagi ku ini, adalah sukar menerima perasaan yang terlalu sedih ini, sukarku hendak ubati..

hanya satu ku harapkan adalah perjuangan dalam hidup bersama-sama sahabat dan teman-teman sepejuangan ku. berikan ku keyakinan untuk menempuhkan segala-segalanya. berikan ku kekuatan untuk terus berjuang dan berjuang

Taylor Swift - Hey Stephen


Hey Stephen, I know looks can be deceiving
But I know I saw a light in you
And as we walked we were talking
I didn't say half the things I wanted to

Of all the girls tossing rocks at your window
I'll be the one waiting there even when it's cold
Hey Stephen, boy, you might have me believing
I don't always have to be alone

'Cause I can't help it if you look like an angel
Can't help it if I wanna kiss you in the rain so
Come feel this magic I've been feeling since I met you
Can't help it if there's no one else
Mmm, I can't help myself

Hey Stephen, I've been holding back this feeling
So I got some things to say to you
I've seen it all, so I thought
But I never seen nobody shine the way you do

The way you walk, way you talk, way you say my name
It's beautiful, wonderful, don't you ever change
Hey Stephen, why are people always leaving?
I think you and I should stay the same

'Cause I can't help it if you look like an angel
Can't help it if I wanna kiss you in the rain so
Come feel this magic I've been feeling since I met you
Can't help it if there's no one else
Mmm, I can't help myself

They're dimming the street lights, you're perfect for me
Why aren't you here tonight?
I'm waiting alone now, so come on and come out
And pull me near and shine, shine, shine

Hey Stephen, I could give you fifty reasons
Why I should be the one you choose
All those other girls, well, they're beautiful
But would they write a song for you?

I can't help it if you look like an angel
Can't help it if I wanna kiss you in the rain so
Come feel this magic I've been feeling since I met you
Can't help it if there's no one else
Mmm, I can't help myself

If you look like an angel
Can't help it if I wanna kiss you in the rain so
Come feel this magic I've been feeling since I met you
Can't help it if there's no one else
Mmm, I can't help myself

Myself
Can't help myself
I can't help myself

DOWNLOAD

Aizat - Pergi (OST Talentime)


Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

DOWNLOAD

4/15/09

Mencari Sinar



Di kala ini..

Aku inginkan sinar..

Sinar yg membawa aku keluar dr kegelapan ini..

Hatiku menangis..

Jiwaku meraung..

Lepaskan aku..lepaskan aku…

Arghhhhhhhhhhhh…

Setitis mutiara hina jatuh ke bumi..

Terdetik di hati..

Terimakah Dia insan yg lemah dan hina ni..

Aku gagahkan diri...

Aku perlu keluar dr kepompong yg fana ini..

Aku merangkak seorang diri..

Mencari sinar hakiki.

Di pertengahan jalan..

Aku terjatuh..

Dan mutiara jernih itu jatuh tanpa ku pinta..

Inikah harga yg perlu aku bayar???

Di atas semua kemungkaran yg aku lakukan???

Ya..aku sanggup..

Aku nekad mencari sinar itu..

Dari jauh aku nmpak silauan itu..

Tanpa aku sedari..

Ada tangan yg menghulur mahu membimbingku ke sana..

Aku ragu-ragu..

Tapi ku sambut jua tangan itu..

Dipimpinnya tangan ku menuju kilauan itu..

Kini..

Lubang hitam itu tidak kelihatan lagi..

Tidakku pandang walau sekilas mata..

Ku jadikan benteng diri ini..

Dan sinar itu menerangi hidupku…


Karya daRI Sahabat

siti norkhalilah binti mohd dislan

Aku Tinggalkan Cintaku Kerana Allah

Salam untuk semua. Saya terkejut kerana cerita saya, walaupun tergantung, mendapat sambutan yang saya tidak sangka. Oleh kerana pada hari itu saya tergesa-gesa dalam menulisnya lantaran kelas yang menghambat, maka saya ambil keputusan untuk menulisnya kembali dari mula. Saya harap para pembaca yang sudi melihat tidak bosan dengan cerita saya.

Wahai teman-teman sekalian, Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.

Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya.

Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah.

Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now. Not a single phrase, nor a word. My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.

Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.

Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.r1; Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Ikhsan dari Marfaq, jordan. ( iluvislam)

Cinta Nan Indah Dalam Islam

"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"

"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"

"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"

"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"

"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"

"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"

"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"

"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"

"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"

Cinta Sebenarnya.




Kehidupan cinta sebenarnya..

datangnya daripada kite sendiri
percayalah, cinta bukannya untuk mainan
ia hanya untuk menghidupkan hubungan dalam sesama insan
percayalah cinta
percayalah cinta.


Cinta sebenarnya...
adalah untuk semua
adalah untuk segala-segala
tanpa cinta, hidup kita tidak merana
cuma kehidupan kite tidak dapat seperti yang kita kehendaki.

Cinta sebenarnya...
banyak memberiku pengajaran
kerana cinta hidupku banyak memberiku segala-segalanya
kerana cinta juga, hidupku berubah demi menetapkan segala-segalanya.

Cinta sebenarnya...
indah, bersinar, murni, dan suci
jika ia dijaga seperti mana kita mengambil air sembahyang.
pertapa suci yerk cinta itu..
percaya lah pada cinta..
berikan peluang pada cinta...
jangan permainkan pada cinta.

4/13/09

YUNA - DAN SEBENARNYA




oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh–



DOWNLOAD