4/24/09

Pergertian Iddah

Assalamualaikum Waramatuallahi Wabarakatuh.......

Insyaallah hari saya ceritakan lagi tentang sumber ilmiah kepada anda semua, hari ini tetapi pada waktu malam saya akan ceritakan tentang PERGERTIAN IDDAH dalam perceraian..

Seperti yang ketahui, iddah berlaku berpunca daripada penceraian antara suami dan isteri, selalunya perceraian ini berlaku daripada suami yang melafazkan perkataan "Aku ceraikan dikau dengan talak 1@ aku lepaskan engkau".
Dalam perhubungan banyak dugaan nya.. bermula dari perkenalan, percintaan, dan akhir dengan perkahwinan. Bermulanya detik perkahwinan, bermula kebahagian dalam berkeluarga dan keharmonian dalam perkahwinan. Sesiapa didalam dunia ini, tak naklah hubungan mereka berkecai begitu sahaja dan ingin menjaganya sehingga akhir hayat tetapi jika pertelingkahan dalam hubungan ia akan pasti musnah jika ia tidak dibendung dengan baik dan pasti diakhiri dengan perceraian..

Dengan ini, sebagai sahabat dan penulisan saya ingin kongsi sedikit demi sedikit tentang maksud iddah yang saya akan sampai pada sahabat semua.

Iddah adalah bermaksud jangka waktu masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya sama ada cerai mati atau hidup.
Seperti apa yang paham tentang maksud iddah ini, setelah perempuan yang diceraikan oleh suami haruslah melalui iddah selama 3 bulan, dalam masa 3 bulan yang ditetapkan, pada suami boleh mengajukkan rujuk pada isteri dalam masa iddah. Jikanya tamat sudah iddah tersebut, maka berakhirlah perhubungan dalam perkahwinan dan isteri tersebut bebas dari suami (itu apa yang pahami dalam kortek pembelajaran saya di TINGKATAN 5).

Dalam iddah ini, mempunyai 3 jenis iddah iaitu
  • Iddah Talak
  • Iddah Hamil
  • Iddah Wafat

Iddah Talak
Iddah talak bermaksud isteri yang telah diceraikan dengan talak antaranya talak 1 dan 2. Ia terbahagi kepada 4 golongan iaitu:-
  • Isteri yang telah dicampuri suaminya tetapi belum putus haid, maka iddah mereka 3 kali suci
  • Isteri yang masih dicampuri suami tetapi sudah putus haid (tua), maka iddahnya 3 bulan 10 hari
  • Isteri yang belum baligh, maka iddahnya 3 bulan
  • Isteri yang belum dicampur suami, maka tiada iddah untuknya
Iddah Hamil
Iddah hamil adalah iddah bagi isteri yang telah diceraikan semasa sedang hamil. Iddahnya adalah sampai anak dilahirkan

Iddah Wafat
Iddah Wafat adalah iddah bagi seorang isteri yang kehilang seorang suami, iddahnya adalah 3 bulan 10 hari

Itu sahaja yang saya mampu berkongsi kepada anda semua yang melawati blogger yang tidak seberapa ini, saya harap kepada sahabat-sahabat.jikalau saya salah pandangan hal ini, kite betulkan sama-sama supaya setiap pandangan itu tidak berbeza-beza.
Anggap ini sebagai satu kekuatan bagi kite untuk teruskan hubungan ini sehingga akhir dan janganlah akhirnya dengan perceraian.. Jagalah ia seperti kamu menjaga diri kamu..

Wassalamualaikum..




No comments: