5/4/09

Family Planning...


Asslamualaikum, bertemu kite hari untuk bercoleteh sikit pasal kesihatan, hari ini sye khusus kepada keluarga yang masih lagi samar-samar untuk merancang keluarga dengan betul..Kali saya akan berkongsi sedikit demi sedikit dengan ape yang sye belajar di kolej sebagai Pelajar Kejururawatan :D.

Detik-detik yang dinanti selepas perkahwinan ialah zuriat. Kehadiran orang baru dirumah membawa sinar yang bahagia dalam keluarga dan banyak memberi manfaat kepada kita semua. Tetapi mesti diingat, merancang keluarga adalah penting dalam setiap perkahwinan. Kenapanya ?

Perancangan keluarga adalah tanggungjawap ibubapa bukan lah semata-mata untuk mengurangkan bilangan anak tetapi ia adalah sebahagian perancangan hidup berkeluarga dan merangkumi konsep menjarakkan kehamilan dan membantu juga kepada pasangan yang sukar memperoleh cahaya mata. Di sebaliknya juga ia bantu dalam lima perkara asas iaitu kesejahteraan fizikal , ekonomi, emosi, masa dan sosial

Dari segi kesihatan ibu, jarak merancangkan keluarga ialah untuk memberikan rehat kepada ibu setelah trauma lepas bersalin, Kenapanya?..sebabnya risiko kepada ibu yang baru bersalin adalah tinggi dan boleh membawa maut kepada ibu dan emosi pada ibu tidak stabil. Kepada semua, merancang keluarga adalah penting kerana ia boleh memberikan sebuah keluarga itu mengembalikan semula kenangan bersama-sama walaupon kehadiran orang baru tidaklah menganggu dan juga boleh mengakrabkan kembali hubungan suami isteri.

Family Planning ini bukanlah untuk merencatkan mana2 pihak, tetapi untuk kebaikan bagi seorang ibu, perancangan keluarga bukan lah halangan bagi mana-mana pihak, Di dalam Al-Quran tiada sebarang nas untuk melarang usaha menghalang atau mengurangkan bilangan anak.

Seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Jabir meriwatkan :
"Kami mengamalkan al-azl (coitus interruptus) ketika zaman Rasulullah (saw). Baginda mengetahuinya namun baginda tidak melarang kami melakukannya. Sahabat yang mengamalkan al-azl termasuk Ali Abi Talib, Saad ibn Waqqas, Abu Ayyub Al-ansari, Abdullah bin Abbas dan Hassan ibn Ali.”


Nasihat disini boleh saya kata kepada ibu2 dan bapa2.. perancangan keluarga adalah penting dalam setiap perkahwinan, bukanlah halangan saya katakan , tetapi kebaikan dalam berkeluarga dan pentingnya kesihatan bagi seorang ibu perlulah diutamakan. k..


No comments: