7/11/09

Penyakit Gynaecomastia


Payu dara yang besar adalah payudara yang diidamkan oleh kaum wanita tapi ada juga gologan lelaki yang memilikinya. Biarpuan saiznya tidak seperti wanita namuna adanya penonjolan payu dara ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan lelaki. Tidak kurang juga yang berasa malu kerana merasakan ia seperti bersifat kewanitaan hingga memilih untuk berpakaian longgar bagi mengelakkan payu dara lebih kelihatan

Gynaecomastia boleh didefiniskan sebagai pembesaran payudara di kalangan kaum lelaki yang tidak normal dan menyerupai payudara wanita. Keadaan gynaecosmastia boleh terjadi pada kedua-dua belah buah dada atau sebelah saja.

Gynaecomastia kerap berlaku di kalangan remaja lelaki. Namun keadaan ini hanya berbentuk sementara di mana selepas melepasi usia baligh, payudara berkenaan akan hilang. Namun ada juga di kalangan sesetengah inidividu ini yang tisu buah dadanya kekal menyebabkan payu dara lebih menonjol berbanding lelaki normal.

Ada beberapa punca yang boleh menyebabkan gynaecomastia. Asas utama terjadai gynaecomastia adalah ketidakseimbangan hormin wanita,oestrogen(yang berlebihan) dan kekurangan hormone lelaki testosterone.


Inginkan maklumat lebih lanjut lagi. Sila download link dibawah.. supaya anda lebih paham apa itu penyakit gynaecosmastia..


DOWNLOAD (PDF)

DOWNLOAD (DOC)


No comments: