6/16/09

Sumbing Bibir dan Lelangit






Assalamualaikum semua.. hai.. selamat berjumpa kembali.. agak lama jugak saya tak memblog yerk .. .. biasa lah .saya nie duk membusy dengan praktikal yerk ..tak dapat sangat nak beronline dan memblog. huhu

ok, kali ini saya ada satu sumber ilmu untuk korang semua..saya akan ceritakan sedikit tentang sumbing bibir dan lelangit..

Sumbing bibir dan lelangit selalunya menyebabkan suara menjadi sengau, susah nak makan dan memberi kesan besar terhadap paras rupa. Kini, bayi yang dilahirkan sumbing selalunya terus mendapat rawatan/pembedahan untuk memperbaiki sumbing tersebut.

Akan tetapi, pembedahan sahaja belum tentu dapat memperbaiki kesengauan yang dihadapi oleh kanak-kanak. Apabila kita bercakap, kita menggunakan udara dari paru-paru, dan keluar melalui mulut. apa yang berlaku kepada pesakit sumbing ialah, udara dari paru-paru tersebut sebahagian besarnya terlepas keluar melalui hidung.

Terdapat satu struktur di kawasan lelangit lembut (belakang lelangit keras) yang boleh bergerak untuk menutup saluran udara ke arah hidung. Bagi kanak-kanak sumbing lelangit, bahagian lelangit lembut ini tidak dapat berfungsi dengan baik, walaupun setelah pembedahan dilakukan.

Terapi pertuturan dapat membantu mengenalpasti punca sengau dan melaksanakan pelan terapi untuk mengatasi masalah tersebut. Kanak-kanak yang sumbing bibir/lelangit juga selalunya ada masalah artikulasi (pelat). Sebutan menjadi tak jelas dan sukar difahami. Contohnya perkataan 'batu' disebut 'mau'.
Semasa kita bercakap, lidah perlu diletakkan ditempat-tempat tertentu di dalam mulut. Contohnya, bunyi 't' lidah diletakkan di belakang gigi atas dan bunyi 'k' lidah belakang dinaikkan ke lelangit.

Bagi kanak-kanak sumbing, deria sensori di bahagian langit/bibir mejadi kurang. Oleh itu semasa bercakap, mereka tak dapat pastikan di mana lidah mereka atau bibir mereka perlu digerakkan.
Terdapat juga rawatan terapi pertuturan yang melibatkan latihan oral-motor iaitu dengan cuba meningkatkan keupayaan deria sensori di kawasan-kawasan tertentu di dalam mulut.

Selain masalah pertuturan, kanak-kanak sumbing juga - terutamanya bayi yang baru lahir, mempunyai masalah untuk minum susu. Susu yang disuapkan kebanyakkannya keluar melalui hidung. Mereka juga tak boleh menyedut dari puting susu ibu jika mengalami sumbing lelangit. Ini menyebabkan bayi lapar dan berisiko kekurangan zat. Oleh itu, suapkan bayi dengan menggunakan sudu. Teknik menyuap ini selalunya diajar oleh jururawat di hospital.

Kanak-kanak sumbing lelangit selalunya berisiko tinggi untuk mengahadapi masalah pendengaran. Oleh itu, ujian pendengaran berkala perlu dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan di telinga tengah. Masalah pendengaran memberi kesan besar terhadap pertuturan dan bahasa.

9 comments:

aisvanila said...

hai salam kenal...
emm good info...
tapi seram plk tgk gambar 2...

danielhazmin said...

huhuh // biasa la.. yang penting kite aje yang main peranan

baby shop said...

hai,
saya baru mendapat cahaya mata yang ke-4.baby boy.keadaan anak saya macm dalam gambar B.biasanya, berapakah kos yang diperlukan untuk membuat pembedahan.

jyha said...

salam... sy punya bakal suami yg sumbing bibir tp cara prtuturan dia x sengau.... mgkin ke dia hnya sumbing bibir tnpa sumbing lelangit?? biasa nye ade ke surgery utk mmperbaiki jhitan pda bibir dia???

Anonymous said...

salam...

boleh bagi cdgn hospital mana yang menyediakn perkhidmatan surgery utk cleft lip and palate.dan brpa kos utk rawatan ini?

Anonymous said...

as salam...anak saya clepf lip n palete...tak de masalah lain...baru lpas opertaion lip dia...alhamdulillah dah ok...saya buat kat spital ipoh..kos tak mahal pun tak sampai rm100 pun...skang tgh tunggu next operation tok lelangit pula...

Anonymous said...

Salam..
Saya senasib dgn baby shop, but ank saya girl, saya pn nk tau cos utk operation, tp btul ke cos dia x smpai RM100

Anonymous said...

assalamualaikum....
saya ibu beranak 2. anak sulung saya okey... tp anak ke 2 saya ada masalah sumbing lelangit... sekarang umur alya dh masuk 3 tahun 7 bulan... masa lahir doktor tak dapat kesan anak saya mengalami masalah ini. dlm masa tempoh berpantang anak saya mengalami demam kuning... masa tu saya tak tau yg anak saya mengalami masalah ni.. selepas pergi ke klinik untuk ambil darah.. nurse kt situ nampak lelangit anak saya.. dia trus call hospital besar... dan kami terus ke sana untuk buat pemeriksaan selanjutnye... sampai sekarang anak saya tidak lagi membuat pembedahan.. dokor kata rahang anak saya kecil... klu buat pembedahan akan mengalami pernafasan... tetapi sampai sekarang anak saya tidak boleh bertutur dengan jelas dan hanya berbunyi ha.. ooo... tu je.. tolong bagi cadangan...

Anonymous said...

Anonymous.. Hospital kt ipoh tu kt mna? Kos xsampai 100? Ank saya pun ada sumbing...