2/20/09

MENITI KE AMBANGMU...

Pada 20 hari bulan, persamaan hari khamis, hati aku mula gelisah dan sengsara.. setelah hampir ku harungi selama 4 bulan kesakitan ini, aku membuat keputusan untuk pergi ke hospital,.
SETIAP hari, SETIAP malam ku harungi kesakitan yang ku alami, sehingga ku menjadi gila memikirkan masalah ini, ku ketakutan dengan kesakitan ku alami ini.. ku tidak dapat menerima apakah penyakit ini....

JAM 9.00pagi, ku berangkat keluar dari kuis, dengan hati yang sedih dan pilu tanpa sebarang berita dari mu. ku bergegas pergi ke hospital, menaiki motor... setiap perjalanan ku lalui.. hati aku bergoncang-goncang apakah penyakit ku alami ini sehingga ku kesakitan setiap malam ..

Setelah ku sampai di hospital, hati aku makin bergoncang-goncang(apakah penyakit ini).. kesakitan saat tuh aku makin menusuk ke jantung dan hati... aku menangis tidak dapat menahan kesakitan ini.. aku ketakutan setiap waktu...

Nombor pendaftaran diberi (NO 1020 ), ku menunggu ketakutan, demi ketakutan, ku kesejukaan setiap waktu, dari semlam dan ke hari ini,. Nombor ku telah kelihatan, setiap demi langkah dan demi langkah sehingga ku sampai ke pintu masuk bilik doktor...

KU ceritakan segala apa yang terjadi pada doktor.. ku ketakutan.. badan ku semakin hari semakin lemah.... setelah ku ceritakan segala-segalanya pada doktor, seorang staff nurse masuk memanggil ku untuk mengambil darah, urine, dan bp... dan selepas tuk ku disuruh mengambil x-ray... aku makin risau .. bile lihat tekanan darah ku 86/75 dan berat badn ku menurun 79 ke 73...

Setelah sejam ku menunggu keputusan... doktor menunjuk kan keputusan kepada ku .. ku melihat..aku terkejut.. arghhhh aku sedih...aku menjerit tanpa memecah pingitan hospital...

aku tidak sanggup harungi dengan ape yang aku lalui... tidakkkkkk.. aku tidak menerima.. aku tak nak mati lagi..

No comments: