5/12/09

Selamat Hari Jururawat


Hari Jururawat disambut seluruh dunia setiap 12 May. Tarikh itu dipilih sebagai mengenang tarikh lahir Florence Nightingale iaitu 12 May 1820.

Tahun ini tema Hari Jururawat Sedunia ialah Safe Staffing Saves Life. Tema yang sangat relevan dengan situasi kekurangan jururawat di negara kita kini. Kekurangan jururawat terlatih memang sangat dirasakan oleh sektor prisihatin di Malaysia Ramai jururawat terlatih negara telah berhijrah ke Timur Tengah mengejar ganjaran yang berlipat ganda di samping suasana kerja yang lebih baik. Jangan terkejut jika diberitahu, jururawat Malaysia yang bertugas di negara Timur Tengah boleh mendapat gaji anatra RM5,000 ke RM15,000 sebulan. Itu belum dikira kos penginapan dan pengangkutan yang mungkin ditanggung oleh majikan. Ternyata kualiti jururawat kita telah diiktiraf dunia.

Ternyata profesion sebagai jururawat kini tidak lagi seperti dahulu. Kerjaya jururrawat kini sudah dianggap sebagai kerjaya professinal yang memerlukan kelayakan yang tinggi.

Kepada semua jururawat, Selamat Menyambut Hari Jururawat. Moga hari ini jadi hari untuk memperbaharui azam dan memperteguhkan tekad untuk menyumbang kepada pesakit, juga kepada pembangunan negara.

Selamat Hari Jururawat.

5/10/09

Pergertian Seorang Lelaki


Sunnatullah dan Syariatullah

Memahami syariatullah , iaitu segala hukum hakam yang termaktub di dalam quran dan hadis. Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yang Allah jadikannya lain dari dirinya.

Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki,pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yang perasaannya lebih halus dari dirinya.

*Syariatullah pada seorang suami kepada isteri :

Nafkah zahir - tempat tinggal, makan minum.
Nafkah batin - merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan.

Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya. Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yang berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keharmonian keluarga.

Kombinasi antara pengetahuan tentang syariatullah dan kefahaman terhadap sunnatullah , insyaAllah, akan melahirkan keluarga yang penyejuk di mata penawar di hati, bahagia di dunia cemerlang di akhirat.

Uswah hasanah seorang suami merupakan suri tauladan untuk keluarganya. Segala tindak-tanduknya menjadi perhatian seisi keluarganya. Anak-anak lebih mudah meniru apa yang dibuat berbanding mendengar apa yang diucap oleh ayahnya. Seorang isteri juga lebih mudah mengikut apabila suaminya lebih perihatin terhadap dirinya juga perasaannya.

Seorang suami merupakan pemimpin bagi keluarganya. Jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga. Amanah (tanggungjawab) Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yang dipikul bagi seorang lelaki. Bila berjayanya akad nikah, maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yang sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan, agama, nafkah dan sebagainya yang ditanggung oleh seorang ayah.

Perkataan amanah ini perlulah selalu diletakkan di dalam minda bahawa bukan perkara kecil dalam membina daulah islamiyah yang terkecil dalam masyarakat,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dalam menjalankan amanah sebagai suami, dan juga amanah apabila sudah bergelar seorang ayah.

Matlamat seorang suami atau ayah atau lelaki, perlulah punyai matlamat kemanakah hala tuju yang ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. Sama ada ke syurga atau ke neraka?.. Mahu memberikan kemewahan dunia yang sementara dan berpoya-poya selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak-anak dan isteri sebagai perhiasan dunia semata atau sehingga ke dalam syurga? Jika mahu dibawa ke syurga, bagaimana caranya, apakah sudah ada?

Matlamat ini perlulah disematkan seboleh-boleh sebelum perkahwinan dilangsungkan , atau selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan.

Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami, sifat istiqamah atau berterusan dalam melakukan amalan sangat-sangat menjadi titik penting dalam menjaga keharmonian dan juga kesan didikan kepada isi keluarga. Jika seorang suami atau ayah, tidak istiqamah dalam perbuatannya, manakan mungkin dia akan menjadi uswah (ikutan) terbaik bagi isteri dan anak-anaknya.

Didikan seorang ayah / suami yang dalam tegasnya terselit didikan, dalam garangnya punyai asuhan dan dalam tuturnya penuh dengan kemesraan. Semuanya perlulah dalam kadar yang berterusan. Didikan kepada anak-anak dan isteri jika tiada sifat istiqamah ini, boleh runtuh sebuah institusi keluarga.

Kesimpulan

S - Sunnatullah & Syaratullah
U - Uswah hasanah
A - Amanah
M - Matlamat
I - Istiqamah

Sama-sama kita mengambil pengajaran. Buat teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti ni, moga Allah luaskan pintu rezeki buat kalian, dan dikurniakan zuriat yang soleh lagi solehah dan sebagai pengganti risalah Islam di hari kemudian. (Haih, tengah-tengah malam boleh fikir pasal ni…...tepuk dada, tanya iman.)

Sama-sama muhasabah diri. Jangan difikir tentang hidup berkeluarga jika hanya mahu hidup berdua, tetapi fikirkan juga yang ketiga dan seterusnya. Pengolahan dibuat berdasarkan kefahaman penulis terhadap isu-isu masyarakat.

Artikel ini datangnya dari ana sendiri dan sahabat ana, kami menulis artikel ini mengikut kefahaman kami bila membaca sebuah buku di pondok kecil. Terima kasih kepada pembaca iluvislam dan blogger..

5/8/09

Perjuangan Imaniah dan Kekuatan Iman


Salam semua ..
alhamdulilah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerna berjumpa kita pada hari jumaat(penghulu segala hari)... ok hari ini saya nak berkongsi sikit tentang perjuangan imaniah dan kekuatan iman dalam sesorang hamba kepada ALLAH s.w.t. Perjuangan dan kekuatan iman adalah bagi sesorang islam. Saya akan huraikan sedikit demi sedikit tentang sebaris ayat al quran yang megatakan tentang perjuangan imaniah dan kekuatan iman ini.

Perjuangan Imaniah
Dalam surah Al Ankabut : 69

‘’Dan orang-orang yang berjihad di jalan kami, nescaya kami tunjukkan kepada mereka jalan kami. Dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang berbuat kebaikan’’( Al-Ankabut:69)

Sesungguhnya pertunjuk itu datangnya dari perjuangan yang kita, tidak kisah dari segi apa pun , harta, tenaga, jiwa dan waktu. Dengan apa yang kita ada ini maka ia jadilah satu perjuangan imaniah dan akidah yang kukuh yang melekat dalam dirinya.. Insyaallah allah sentiasa bersama dengan orang2 yang melakukan kebaikan kepadanya

1 surah telah mengatakan tentang perjuangan imaniah iaitu

Surah Al Anfal : 72
‘’Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan( kepada muhajirin), mereka itu (adalah kaum) yang satu sama lain saling melindungi’’.(Al-Anfal:72)

Dalam kedua-dua surah ini mengatakan tentang perjuangan dalam islam, sebagai umat islam perjuangan imaniah ini adalah perjuangan yang sangat berharga, berjihad dengan harta dan jiwa ke jalan Allah S.W.T, insyaallah Allah s.w.t akan melindungi orang yang berjuangan kepadanya. Allah s.w.t menyayangi kepada orang yang sentiasa mengingatinya dan berusaha dalam sesuatu perkara mengikut ke jalan Allah.

Kekuatan Iman
Di dalam kekuatan Iman ada keteguhan untuk tetap berada di atas kebenaran malah hanya kekuatan iman mampu melahirkan pembela-pembela kebenaran. Hanya inilah kekuatan yang melahirkan kesabaran untuk menghadapi pelbagai masalah yang boleh melemahkan kekuatan itu

Surah Al Imran : 200
”Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah bersiap siaga(di perbatasan) dan bertaqwalah kpd Allah supaya kamu beruntung”. (Al-Imran: 200)

Dalam kehidupan kita ini, memerlukan kesabaran dalam melakukan sesuatu perkara, mungkin ia sukar untuk mencapaikan ia, tetapi ia perlukan berusha untuk mendapatkan,percayalh, Allah sentiasa akan melindungi orang yang beriman kepada dan orang yang berusaha. Kuatkanlah semangat teguhkan ukhwah isbalilah kerna ia dapat memperkuatkan diri dari segal hasutan-hasutan yang melemahkan keimanan

Ya allah, berikanlah segala kekuatan kepada hamba yang lemah ini untuk meneruskan hidup dan berikan aku kemampuan ini untuk teruskan perjuangan ini sebagai umat islam, dan kau ampunikan dosa-dosaku ini..

Family Yang Bahagia

Salam semua.... lagu ini sye tujukan kepada anda semua.. sungguh bahagia sangat2 family nie.. tak sangkakan .. satu keluarga berbakat dalam nyanyi stat dari ibubapa.. terbawak2 sampai la ke anaknya.. Korang tumpu pada anak lelaki tuh .. peh suara bleh tahan lagi .. Simon Paul pon tergamak gile.... jom kita saksikan .. huhuhu .. i like it


Amazing Boys ..

Salam semua .. ape khbar semua .. ada sihat ker.. huhuh
orait.. hari nie nak kongsi satu lagu untuk korang .. peh wa tak caya gile... adakah ini suara budak 10 n 12tahun .. huhuh .. mari kite dengarkan .. part nie ada sedih sikit tau .. tapi las2..gempak giler wei.. huhuhu






5/6/09

Asal Usul Solat



SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.

Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

5/5/09

The Rain - Dengar Bisikku


alamak.. ape kena la ngan aku hari, rajin plak nak update song nie.. selalu nya paling malas sekali nak masuk lagi.. biasa la.. tak ada mood kiranya hari nie.. entah .. ada sesuatu yang membelenggu aku nie.. argh .. tpi ape2 pon .. aku nak kongsi lagu dari band indonesia (THE RAIN)..

lagu nie dah lama dah berkumandang, bagi aku , inilah lagu yang paling best dalam band indonesia.. best gile la.. sib baik aku tak gile lagi.. ekeke .. untuk korang semua.. k

Liriknya
kadang aku berfikir
dapatkah kita terus coba
mendayung perahu kita
menyatukan ingin kita

sedang selalu saja
khilaf yg kecil mengusik
bagai angin berhembus kencang
goyahkan kaki kita

gemgam tanganku jangan bimbang
tak usahlah lagi di kenang
naif diri yang pernah datang
jadikan pelajaran sayang

dengar bisikanku oh dinda
cuba lapangkan nada kita
trima aku apa adanya
jujur hati yang kita jaga

mengapa selalu saja
kilaf yang kecil mengusik
bagai ombak yang besar
goyahkan kaki kita

genggam tanganku jangan bimbang
tak usahlah lagi di kenang
naif diri yang pernah datang
jadikan pelajaran sayang

dengar bisikanku oh dinda
cuba lapangkan nada kita
trima aku apa adanya
jujur hati yang kita jaga

bila indahmu tak menghilang
hentikan dulu dayung kita
bila kau ingin lupakan aku
ku tak tau apalah daya

Download

Album Flanella ( New Band)

Salam semua, orait untuk pagi nie aku kongsi satu lagu untuk korang, agak jiwang karat gak lagu nie.. tpi best jugak dengan bile time dilamun cinta.. bukannye aku k.. kepada semua yang terasa.. hohoho

Band flanella nie kira band baru indonesia la juga....klu nak masuk full ablum die.. dapatkan di pasaran di indonesia.. hahahahha

01 - Karena Aku Jatuh Cinta Padamu
02 - Hanya Padamu

5/4/09

Family Planning...


Asslamualaikum, bertemu kite hari untuk bercoleteh sikit pasal kesihatan, hari ini sye khusus kepada keluarga yang masih lagi samar-samar untuk merancang keluarga dengan betul..Kali saya akan berkongsi sedikit demi sedikit dengan ape yang sye belajar di kolej sebagai Pelajar Kejururawatan :D.

Detik-detik yang dinanti selepas perkahwinan ialah zuriat. Kehadiran orang baru dirumah membawa sinar yang bahagia dalam keluarga dan banyak memberi manfaat kepada kita semua. Tetapi mesti diingat, merancang keluarga adalah penting dalam setiap perkahwinan. Kenapanya ?

Perancangan keluarga adalah tanggungjawap ibubapa bukan lah semata-mata untuk mengurangkan bilangan anak tetapi ia adalah sebahagian perancangan hidup berkeluarga dan merangkumi konsep menjarakkan kehamilan dan membantu juga kepada pasangan yang sukar memperoleh cahaya mata. Di sebaliknya juga ia bantu dalam lima perkara asas iaitu kesejahteraan fizikal , ekonomi, emosi, masa dan sosial

Dari segi kesihatan ibu, jarak merancangkan keluarga ialah untuk memberikan rehat kepada ibu setelah trauma lepas bersalin, Kenapanya?..sebabnya risiko kepada ibu yang baru bersalin adalah tinggi dan boleh membawa maut kepada ibu dan emosi pada ibu tidak stabil. Kepada semua, merancang keluarga adalah penting kerana ia boleh memberikan sebuah keluarga itu mengembalikan semula kenangan bersama-sama walaupon kehadiran orang baru tidaklah menganggu dan juga boleh mengakrabkan kembali hubungan suami isteri.

Family Planning ini bukanlah untuk merencatkan mana2 pihak, tetapi untuk kebaikan bagi seorang ibu, perancangan keluarga bukan lah halangan bagi mana-mana pihak, Di dalam Al-Quran tiada sebarang nas untuk melarang usaha menghalang atau mengurangkan bilangan anak.

Seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Jabir meriwatkan :
"Kami mengamalkan al-azl (coitus interruptus) ketika zaman Rasulullah (saw). Baginda mengetahuinya namun baginda tidak melarang kami melakukannya. Sahabat yang mengamalkan al-azl termasuk Ali Abi Talib, Saad ibn Waqqas, Abu Ayyub Al-ansari, Abdullah bin Abbas dan Hassan ibn Ali.”


Nasihat disini boleh saya kata kepada ibu2 dan bapa2.. perancangan keluarga adalah penting dalam setiap perkahwinan, bukanlah halangan saya katakan , tetapi kebaikan dalam berkeluarga dan pentingnya kesihatan bagi seorang ibu perlulah diutamakan. k..


Seadanya Aku - Nubhan


Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah

Bagai memetik butir bintang Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian

Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu


Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian

Engkau yang mendamaikan rasa ragu

Dengan cinta tak seperti dulu

DOWNLOAD

5/3/09

Kehidupan

Assalamualaikum semua..
Alhamdulilah bersyukur kepada allah , dengan kekuatan yang diberikan kepada ku ini, untuk teruskan bersemai kan lagi kehidupan ku ini..

Kehidupan ku ini, masih lagi tiada arah tunjuk, ketaatan dan kesetiaan masih lagi kuat lagi pada orang yang ku ingati, dimanakah ku ingin lagi teruskan kehidupan ini yang sedang bercelaru ini, aku tiada lagi kekuatan untuk teruskan lagi keadaan macam nie. Ya allah, berikan ku kekuatan kepada hambamu yang lemah ini..aku tidak berdaya lagi untuk menempuhi segala-segalanya..

Apa lagi pencarian ku ini tidak lagi tercapai.. !!!!! aku buntu aku buntu, dimana jalan penyelesaian hidup ku ini, tidak tentu arah lagi kehidupan ku ini, Sejak aku kehilang seorang abang kandung ku ini, diriku ini telah berubah dengan sekelip mata,selama 4 tahun aku kehilang seorang abang, diriku ini tidak rasa apa-apa lagi, cuma aku ada sekarang ummi, walid and sister. Ia lah banyak membantu aku dalam memulihkan semangat yang telah hilang ini.

kehilangan seorang abang amat besar dalam hidup ku ini. setelah pemergian arwah,tanggungjawab seorang anak lelaki telah beralih kepadaku, Ya allah, besarnya tanggungjawab yang terpaksa ku tanggung ini, sedangkan diri ku ini tidak lagi terurus lagi dengan sempurna, dimanakah ku ingin cari cahaya yang bersinar.. berikanlah ku peluang Ya Allah, ampunikan dosa-dosa ku ini, dengan perbuatan keji yang ku lakukan ini.


dengan kekuatanku ada ini, aku akan sedaya upaya untuk menerima tugasan yang terlalu besar. walaupon diri ku anak bongsu, aku akan berusaha demi kebaikan diri dan family.ku..